Monday, October 09, 2006

Sunday, September 10, 2006

Cara Mudah Daftar Adsense

Berikut cara mudah mendaftar adsense (Asas Sahaja)

1. Daftar email Gmail (dapatkan referral dari kawan-kawan yang ada akaun gmail).
2. Daftar blog di http://www.blogger.com

cara daftar blog

a. Pilih tajuk blog seperti World Of Car (Boleh di ubah bila-bila masa setelah di daftar)
b. Pilih alamat blog seperti world4car.blogspot.com (Tidak boleh di ubah)
c. Setelah didaftar sila post topik yang berkenaan dengan kereta.
d. Sila post sekurang-kurangnya 4-5 tajuk.
e. Mesti bahasa English untuk permulaan.
f. Click Template dan apply adsense (ikut arahan yang disediakan.
g. Dalam tempoh beberapa hari adsense akan di luluskan.

3. Setelah mendapat kod sila copy kedalam blog.

4. Sila promosi laman web anda.

5. Untuk melihat report sila login ke akaun adsense.

Sumber Pendapatan Online

Adsense Google ada salah satu cara menjana pendapatan secara online. Fokus kepada pengiklanan di internet. Kita menjadi affiliate kepada Google untuk mempromosi iklan-iklan yang di iklankan oleh merchant di Google.

Setiap affiliate perlu membina laman web untuk informasi tertentu. Laman web tersebut perlu di daftarkan dengan Google. Apabila diluluskan Google akan memberi kod no untuk kita letakkan di dalam laman web kita.

Contohnya sekira kita membuat laman web berkaitan dengan informasi kereta makan iklan yang akan keluar di laman web kita adalah iklan yang berkaitan dengan kereta.

Apa yang perlu kita buat adalah mempromosi laman web kita semaksimum yang boleh. Apabila ada pelawat ke laman web kita click iklan yang terdapat di laman web tersebut maka kita akan mendapat komisen bergantung pada nilai setiap iklan tersebut.

Modal sangat minimum untuk menjana pendapatan melalui adsense google.